Tuesday 2 May 2017

Honeymoon : Ho Chi Minh City, Vietnam Part 1 (Tips)

Assalamualaikum...

Masa tengah dilamun cinta dulu memang kitorang suami isteri berhajat nak travel sesama especially ke luar negara. Travel time bercinta tak syiok ah, dah kawen baru besttt...ciaciacia...hihihi...

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit dan dengan izin Allah tercapai jugak hajat nak ke Vietnam.Honestly dari last year dah merancang nak ke sana tapi ada je kekangan. Hubby dah biasa ke luar negara tp bagi aku ni pengalaman kedua ke luar negara (selepas Brunei)...Allah sebaik-baik perancang. Finally, tanggal 25 February hingga 1 Mac 2017 mission accomplished!

Baiklah, apa yang menariknya trip kitorang kali ni sebab dua-dua tak pernah ke Vietnam. Kitorang tak join mana-mana group travel sbb kitorang lebih suka ikut kepala sendiri. Oleh sebab tu, gigihlah aku study pasal Ho Chi Minh City nih, bukak blog sana sini supaya kitorang laki bini tak macam rusa masuk kampung kat tempat orang. Tempat yang kitorang nak pegi ni area Ben Thanh sebab tempat tu memang banyak orang muslim & dari segi bahasa ko tak perlu berbelit lidah nak cakap omputeh sebab majoriti pandai cakap Melayu.Terima Kasih banyak-banyak buat blogger yang banyak up entri pasal Ho Chi Minh City. Sangat-sangat membantu. Siap aku print satu-satu google maps tempat-tempat yang kitorang laki bini nak explore...hahahahahahhaah

Untuk entry kali ni, aku nak share kat korang pengalaman kitorang laki bini meredah Ho Chi Minh dan tips penting yang korang kena tahu bagi memudahkan korang especially utk yang first time ke Ho Chi Minh. Memang panjang berjela tapi Insha Allah bermanfaat.

Tiket flight? Aku beli 3 bulan sebelum fly. Tiket MYY - KUL - SGN - KUL - MYY untuk 2 orang dalam RM500 je (exclude luggage & meal).Agak murah sbb kitorang laki bini ni even suka travel tp agak kedekut jugak kalau tiket tu mahal. Tips No.1 ; Cari harga tiket semurah mungkin. Tips No. 2, kalau korang jenis yang travel budget macam kitorang jangan beli luggage & meal sekaligus dengan tiket flight. Macam aku,fly hujung bulan 2...bulan 12 beli tiket, bulan 1 beli luggage (beli luggage time balik je SGN-KUL-MYY ), bulan 2 beli meal (optional)...Kalau korang banyak duit, sukati korang lah nak beli sekali harung...ada aku kesah??? hahahah...ops, lupa nak habaq, tiket aku setia degan Air Asia.hihihi..

Apa yang korang wajib bawa?

Pasport : Benda wajib yang korang kena bawa. Pastikan pasport korang tak expired naaa...Tips 3 : Please please please...buat copy korang punya pasport & ticket...Incase apa-apa jadi kat sana, pasport hilang ke...Atleast ada backup. jangan ambil enteng soal ni.

Powerbank : Kalau korang jenis kaki selfie tapi tak suka bawak compact kamera or DSLR, lebih suka guna phone je, powerbank ni tahap wajib korang kena bawa.

Universal Adapter : Tempat plug dorang (and mostly mana-mana tempat kat luar negara) tak sama dengan tempat plug kita kat Malaysia sebab tu adapter ni sangat-sangat penting. Pengajaran jugak untuk aku masa kat Ho Chi Minh ritu. Nasib baik murah je beli kat sana VND 40 000 bersamaan dengan RM8 duit kita (tapi kena pandai cari kedai yang murah.lupa dah nama kedai dia). better bawa siap-siap dari Malaysia.

Ubat  ; Sejak dah kawen ni, benda ni dah jadi macam satu kewajipan kena bawa ke mana-mana. Ubat demam / selesema, batuk, sakit perut, cirit birit, sakit kepala, minyak angin memang sentiasa ada dalam beg.

Peralatan solat ; Bawa mini telekung je sbb tak perlu banyak space bila simpan dalam bagpack. Print siap2 jadual waktu solat dorang. Kalau perlu instal app panduan solat jamak sekali sebagai panduan.Travel-travel juga, solat jangan tinggal naa...hihihi

Baju / seluar : Bawa sikit ja...Selebihnya, beli je kat sana...hahahahahhaha

Bagpack : Tak perlu kot bawa beg macam korang peserta AF yang terkeluar kecuali kalau korang ada bawa budak-budak.

Maybank : Kat sana ada Maybank incase tak cukup duit. Jangan lupa aktifkan yang international punya ya. Duit ngko setinggi gunung everest dalam akaun tu pun tak guna kalau ko tak aktifkan international punya..Tak perlu beratur panjang kat bank gais, buat manual kat machine ja.

Money Exchange : Yang ni aku nak tekan sangat-sangat kat korang...FYI, untuk memudahkan korang, VND5000 bersamaan dengan RM1 duit kita. Kat sana 3 jenis matawang yang diterima dan diguna pakai iaitu Vietnamese Dong, USD & RM...Aku dah buat eksperimen, aku tukar duit kat Miri (my hometown) RM100 bersamaan dengan VND 480 000,pahtu bila sampai KL, kitorang tukar lagi RM100 di KLIA2 bersamaan dengan VND 450 000. Sampai di Tan Son Nhat International Airport, hubby tukar lagi RM200 bersamaan VND 970 000 & last sekali aku tukar duit di area Ben Thanh Market, RM100 bersamaan VND 510 000...korang boleh buat kesimpulan sendiri, kat mana better korang tukar duit...Jawapan korang yang mana satu?

A. Kat korang punya hometown
B. Airport KL
C. Airport dorang (Tan Son Nhat International Airport)
D. Kat depa punya hometown,Ho Chi Minh City

Yeahhh... Tips 4 : Kalau nak tukar duit, tukarlah kat dorang punya hometown gais...banyak korang boleh shopping weyh...Buatlah pilihan yang bijak. Susah-susah aku buat eksperimen taw. hahaha. Kesimpulannya, korang tak perlu tukar banyak-banyak duit dong sebenarnya. Tukar untuk transport & makan je. Untuk shopping, guna je RM. Takde masalah daripada ngko migrain nak convert!haha. Just nak kongsi, kalau korang nak tukar duit kat area Ben Thanh tu, cari money exchange yang nih.



Money Exchange ni berdepan dengan Ben Thanh Market, Sebaris dengan Saigon Pink 2 Hotel
dan hotel-hotel yang popular tempat orang Malaysia menginap. Bertentangan (belah kanan) dengan money exchange tu pun ada satu lagi money exchange. So, memang no worries la bab-bab nak tukar duit nih kat sana.


Last sekali, ni pesanan kasih sayang buat peminjam-peminjam tegar PTPTN, sebelum korang travel ke mana-mana especially ke luar negara, pastikan korang takde hutang ngan dorang atau bahasa manisnya takde tunggakan. Sebelum travel tu,kena cek juga status korang especially dengan imigresen dikhuatiri korang salah sorang yang di blacklist. Sekarang ni mudah gais, semua kat hujung jari jaa...Nah, korang boleh semak kat sini, Semakan Senarai Hitam PTPTN

Kalau benda wajib korang bawa tadi dah ready, cek status PTPTN pun dah settle...dah boleh travel dahhh...yeayyyyyy...


sambungan...Part 2




No comments:

Post a Comment