Wednesday 14 June 2017

Honeymoon : Ho Chi Minh City, Vietnam Part 4 (City Tour)

Day 2 (27/02/2017)

Actually,di Ho Chi Minh ni banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi. Sapa2 yang minat dengan sejarah, highly recomended datang ke sini sebab sangat banyak tempat korang boleh pergi.

Memandangkan kitorang laki bini tak guna mana-mana tour, main redah je. Satu lagi, sepanjang kat sana memang tak beli simkad. So, maps ni sangat penting. Kitorang ambik kat hotel tempat kitorang stay. Nak online aku tunggu balik hotel or guna wifi free je kat restoran-restoran halal sana (bagus ny muslim area ni sebab kebanyakan kedai makan dorang ada wifi free...ngeeee)....Walau bagaimanapun maps ni kadang2 boleh buat sesat juga...so,korang wajib ringankan mulut tu bertanya... Even dorang tak pandai speaking sekalipun kalau korang tunjuk tempat yang korang nak pergi kat maps tu dorang akan tunjukkan jalan.

Pengembaraan pun bermula....


1. Independence Palace / Reunification Palace


View dari luar gate...

Kalau ngko dapat sejenis husband yang melayan je ko terkinja2 depan kamera, hargailah..wakakaka...Bestnya trip ni sebab tak perlu guna tourist guide pun sebab dari mula kaki melangkah masuk sampai keluar balik, husband aku detail explain satu2..hahahahha...

Kaunter ticket

Harga ticket VND 40000 = RM8

Haa...ni la simbolik bangunan independence palace nih!

Kat Independence Palace ni dia banyak hall...Nah, untuk sajian mata korang gambar yang sempat aku hambik :

Cabinet room

 Presidential Reception Rooms

 National Security Council Chamber 





 Ni kalau tak silap... First Lady's Reception Room

Ambassadors Chamber

State Banqueting Hall

 Souvenir-souvenir yang orang bagi kat Pak Menteri dorang

 Dulu, Independence Palace ni lebih kurang macam kubu kepada org2 Amerika...Background belakang aku tu la tempat org2 Amerika melarikan diri daripada askar-askar vietnam menggunakan helikopter.

 Vietnamese T-54 tank ( ni area entrance )

Pesawat Pejuang ni betul2 bersebelahan je dengan tank (gambar atas)

 Ni view dari luar

keluar je daripada Indepence Palace nak ke next destination, kitorang jumpa mamat ni...siap dia suruh aku bawak lagi bendalah tu utk diabadikan sebagai kenang-kenangan tapi husband tak izinkan...hahahhaahhha...


**************************


2. War Remnant Museum

After buat lawatan sambil belajar ke Independence Palace...hahahaha...next, kitorang pergi ke War Remnant Museum...

Opening Hour

Harga ticket VND 15000 = RM3

Sebelum masuk korang akan nampak ni...

Kat War Remnant Museum dia ada banyak bilik. Setiap bilik tu ada story dia tersendiri...Kitorang tak masuk berabis...Kitorang pegi tempat2 tertentu je...meh nak payung beberapa gambar yang sempat aku ambik :

 senjata-senjata yang dorang guna zaman dulu...



 Ni kes bila husband paksa ambik gambar kat sini sebab dia kata gambar yang dalam frame kat belakang tu pernah femes suatu ketika dulu.Sebab apa?? Meh baca sini...Napalm Girl

 Bom

sedikit info untuk korang semasa perang vietnam...

Gambar ni effect daripada Agent Orange Exposure

Disebabkan kitorang tak explore habis, aku ambik brochure nih je..so kira cover semualah...hahahahahahahhaah....Sebab tu aku cakap, Ho Chi Minh City ni memang sangat sesuai utk yang die hard dengan sejarah....






**********************


3. Saigon Notre-Dame Cathedral

Dari War Remnant Museum,kitorang jalan kaki ke Saigon Notre-Dame Cathedral...

View dari depan

View dari tepi

View Dari Belakang



***************************


4. Saigon Post-Office

 Saigon Post Office ni bersebelahan je dengan Saigon Notre-Dame Cathedral

View kat dalam...masuk sini free je...

Dalam ni jugak banyak mesin ATM & banyak kaunter ticket (travel agency etc)



Day 3 (28/02/2017)

5. The Museum of Ho Chi Minh City 

Bukti kitorang dah sampai sini...hahahahahaha...Masuk sini kena bayar tapi lupa pulak berapa yang penting murah je..

Cicit President Vietnam nak shopping sat.hahaha

Replika Chu Chi Tunnel 

Sempat jugak la membuang undi kat sana..wakakaka

Matawang vietnam...ada banyak sebenarnya tapi tak dan nak ambik gambar...hihihihi



************************


6. City Hall

 Gigih kemain cari tempat ni hokey,sampai sesat & hampir give up laki den...hahahaha

Saja nak test, ringat ke dok..hahahahahah

Tempat ni kalau malam2 memang ramai orang lepak...kitorang je sanggup p sini time matahari sejengkal atas kepala...hahahhaaha...

 City Hall ni sebelah je dengan Rex Hotel

Kalau korang nak tengok Water Puppet Show, sinilah tempatnya...Kat Rex Hotel...

Untuk trip kali ni kitorang just adventure area dekat-dekat je...Insha Allah panjang umur, ada rezeki lagi nak terjah Sungai Mekong & Chu Chi Tunnel pulak...Harap sedikit perkongsian ni dapat membantu korang... Enjoy ur holiday....


End


No comments:

Post a Comment